Tuesday, July 20, 2010

Ebuku-Panduan Mendidik Anak



ISI KANDUNGAN

Bab 1 : Perkembangan Fizikal & Mental Anak-Anak

Prihatin Terhadap Perkembangan 6 Tahun Pertama Anak-Anak
Dendam Rohani
Cara Mendidik Anak Yang Baik
Memahami Perkembangan Fizikal Anak Anda
Perkembangan Dari Bayi Hinggalah Kepada Kanak-kanak
Ibu Bapa Perlu Memantau Perkembangan Anak
Panduan Serlahkan Potensi Si Kecil

Bab 2 : Panduan Membentuk Keperibadian Anak-Anak

Pemakanan
Ilmu & Pendidikan
Kesihatan
Keyakinan Diri Anak-anak
Kepercayaan Tunggak Utama
Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya
Ibu Bapa Perlu Mendidik Anak Agar Berdisiplin, Berakhlak Mulia & Berbudi Bahasa
Mari Berkawan
Ibu Bapa Perlu Melatih Anak-Anak Sembahyang Dan Berpuasa

Bab 3 : Panduan Mengawal Tingkahlaku Anak-Anak

Kaedah Menangani Kenakalan Anak-anak
Panduan Mengawal Anak Yang Suka Marah-marah
Panduan Atasi Anak Aktif Yang Tidak Boleh Duduk Diam
Panduan Mengatasi Dua Beradik Yang Suka Bertengkar
Panduan Mengatasi Masalah Tidur Si Kecil

Bab 4 : Memberi Pendidikan Yang Sempurna Kepada Anak-Anak

Didikan Seawal Kandungan Ibu
Mengelak Gangguan Berlaku Bahasa Si Kecil
Merangsang Kemahiran Bahasa Si Kecil
Ibu Bapa Perlu Bijak Menarik Minat Anak Membaca
Bagaimana Ibu Bapa Dapat Mengekalkan Tumpuan Si Kecil Semasa Belajar.
Mengapa Pendidikan Seni Penting Untuk Anak-Anak
ICT Dalam Dunia Realiti Kanak-Kanak
Panduan Keselamatan Internet Bagi Kanak-kanak

Bab 5 : Panduan Kesihatan Dan Keselamatan Anak-Anak

Tubuh Yang Sihat & Kuat Untuk Anak Aktif
Petua Membentuk Anak Gembira Dan Sihat
Cara Menyelesaikan Masalah Anak-Anak Yang Cerewet Makan
Prihatin Kepada Makanan Yang Tidak Selamat
Panduan Membeli & Keselamatan Barang Mainan Si Kecil
Ubat!! Mama.. Adik Tak Nak!

PERCUMA




harga: RM30
Keterangan lanjut Klik banner dibawah




ebuku- rahsia anak soleh





Ebook "Rahsia Anak Soleh" ini akan merungkaikan persoalan yang sering bermain di fikiran ibu bapa yang ingin memberikan pendidikan kepada anak mereka dengan berkesan dan bijaksana. Malah, mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk mendidik anak sejak kecil, lebih besar faedahnya daripada ketika anak sudah meningkat remaja.

Anda tidak perlu risau, jika anda merupakan ibu bapa yang bekerjaya, anda mampu mendidik anak anda juga. Anda mampu memberikan sepenuh kasih sayang buat anak anda juga dan anda mampu menjadikan anak anda cintakan anda dengan sepenuh hati berbanding cintakan orang gaji anda.

percuma!



harga: RM30
keterangan lanjut klick banner dibawah

Monday, July 19, 2010

Ciri-ciri anak menggunakan otak kanak

CIRI-CIRI KANAK-KANAK YANG MENGGUNAKAN OTAK KANAN

• Jenis pembelajaran visual (melalui rangsang mata).
• Kanak-kanak akan belajar dengan gambar lalu mengeksploitasi maklumat dalam bentuk gambar.
• Ingatan visualnya kuat, ingatan dengarnya lemah. Ingatan dalam imiginasi dapat bertahan dalam waktu yang lama
• Lambat dalam memproses sesuatu yang didengar, kerana kata-kata yang didengar harus diubah menjadi gambar mental (mental picture).
• Bila mengingat seseorang atau kejadian, dapat membayangkan orang atau kejadian tersebut dengan terperinci
• Kurang mampu untuk menampilkan sesuatu secara logis, atau pekerjaan yang berhubungan dengan bahasa.
• Lebih memilih melukis dan berkreasi dibanding menulis dan berbicara.
• Boleh mengerjakan beberapa pekerjaan dalam satu masa
• Suka kepada kerja yang membolehkan mereka bergerak bebas berbanding kerja yang perlu duduk diam
• Tidak suka akan aturan,
• Banyak bertanya
• Suka kepada benda baru, penuh dengan idea dan sangat kompetitif.
• Seorang genius yang kreatif, menyukai seni dan muzik
• Cara berfikirnya menyeluruh (holistik), proses belajar secara menyeluruh untuk mengetahui bahagian-bahagian yang kecil (whole to part learners)
• Lebih suka belajar dari demonstrasi berbanding penjelasan langkah demi langkah


Ciri-ciri anak yang menggunakan otak kiri

CIRI-CIRI KANAK-KANAK YANG MENGGUNAKAN OTAK KIRI

• Maklumat diproses secara audio; mereka suka mendengar dan menuliskan sesuatu. Informasi yang didapati sedikit demi sedikit dan akhirnya membentuk satu kefahaman yang utuh
• Mudah menangkap peraturan dalam mengeja, tatabahasa, suku kata dan mudah memahami bahasa asing.
• Pola pemikirannya dalam bentuk jujukan , sangat logic dan analitik, patuh dengan segala aturan(berdisplin).
• Belajar lebih senang dengan mengetahui langkah demi langkah yang harus dikerjakan untuk menyelesaikan sesuatu tugasan berbanding dengan didemonstrasikan.
• Ingatan disimpan dalam bentuk nama dan kata-kata dibandingkan dengan imiginasi
• Menyukai sesuatu yang dikenalnya dan yang dapat diperkirakannya.
• Tidak suka kepada idea baru dan perubahan pada kehidupan seharian.
• Mempunyai kecenderungan untuk menerima dan menghargai apa yang didengar dan dibaca daripada bertanya dan berfikir secara sendiri.
• Lebih suka bekerja dalam bentuk berkumpulan berbanding dengan melakukan bersendirian.


Wednesday, July 14, 2010

ciri-ciri kanak-kanak menggunakan otak kanan

• Maklumat diproses secara audio; mereka suka mendengar dan menuliskan sesuatu. Informasi yang didapati sedikit demi sedikit dan akhirnya membentuk satu kefahaman yang utuh
• Mudah menangkap peraturan dalam mengeja, tatabahasa, suku kata dan mudah memahami bahasa asing.
• Pola pemikirannya dalam bentuk jujukan , sangat logic dan analitik, patuh dengan segala aturan(berdisplin).
• Belajar lebih senang dengan mengetahui langkah demi langkah yang harus dikerjakan untuk menyelesaikan sesuatu tugasan berbanding dengan didemonstrasikan.
• Ingatan disimpan dalam bentuk nama dan kata-kata dibandingkan dengan imiginasi
• Menyukai sesuatu yang dikenalnya dan yang dapat diperkirakannya.
• Tidak suka kepada idea baru dan perubahan pada kehidupan seharian.
• Mempunyai kecenderungan untuk menerima dan menghargai apa yang didengar dan dibaca daripada bertanya dan berfikir secara sendiri.
• Lebih suka bekerja dalam bentuk berkumpulan berbanding dengan melakukan bersendirian.

Apa itu kecerdasan?

Menurut Stanford Binet (1916) kecerdasan merupakan keupayaan individu memahami, membuat pertimbangan dan taakulan. Manakala Lewis Terman mendifinasikan kecerdasan sebagai kebolehan individu untuk berfikir secara abstrak. Secara umumnya kecerdasan boleh diertikan sebagai kebolehan individu mengunakan keupayaan otak untuk menganalisis masalah, mengatasinya dan membuat keputusan dalam kehidupan seharian.

Sebelum membincangkan secara lebih lanjut tentang mendidik anak menjadi seorang yang pintar dan cerdas,adalah penting untuk mengetahui beberapa teori yang melibatkan kecerdasan terlebih dahulu
.
Apabila membincangkan tentang kecerdasan dan kepintaran, bahagian tubuh yang terpenting sekali adalah otak. Terdapat beberapa teori tentang dan kecerdasan dan otak, namun kita Cuma membincangkan dua teori yang penting dan diterima ramai. Bahagian pertama dalam bab ini, kita akan membincangkan tentang teori dua belahan otak yang dikembangkan oleh Michael LeBouerf dan teori kedua membincangkan teori kecerdasan pelbagai yang dipelopori oleh Gardner.


Teori Dua Belahan Otak

Teori ini dikembangkan oleh Michael LeBoeuf (1990) berdasarkan hasil ujikaji memisahkan kemampuan belahan otak kiri (Left Hemisphere) dan otak kanan (right hemisphere) oleh Dr. Roger Wolcott Perry.

Dr. Robert Wolcott Sperry, seorang neurobiology dari Institut teknologi California dengan kajiannya yang menghasilkan Nobel pada tahun 1981, pada awalnya menemukan bahawa korteks kedua belahan otak itu masing-masing menjadi lokasi dari fungsi-fungsi intelektual tertentu.

Korteks kanan menjadi kedudukan dominan dari fungsi intelektual yang berkaitan dengan:
• Bentuk
• Imaginasi: lamunan, visualisasi
• Manipulasi
• Global (menyeluruh)
• Ritma / Rentak
• Penerokaan idea
• Subjektif
• Tersirat
• Kecenderungan Global

Manakal korteks kiri menjadi kedudukan dominan dari fungsi intelektual yang berkaitan dengan:
• Bahasa
• Nombor
• Fakta / Logik
• Urutan / linear
• Analisa
• Lirik
• Bukti
• Objektif
• Tersurat
• Kecenderungan analitik

Mengkaji dari fungsi-fungsi di atas bolehlah dikatakan bahawa otak kiri lebih bercenderung pemikiran kreatif manakala otak kanan berbentuk pemikiran kritis.



Kajian dari Ornstein, Zaidel dan Block kemudian menguatkan penemuan di atas, namun pada kesimpulannya dikatakan bahawa meskipun setiap belahan otak mungkin dominan dalam fungsi intelektual tertentu, kedua belahan tersebut pada dasarnya tampil dalam semua ranah intelektual tersebut, dan kemampuan-kemampuan mental yang telah ditemukan oleh Roger Sperry itu sebenarnya tersebar pada seluruh korteks, baik kiri maupun kanan.

Kajian tersebut sangat berharga dalam pemahaman dan pandangan baru mengenai tingkah laku dan cara manusia berfikir. Pemahaman yang dimaksud, karakter dan kemampuan manusia dapat ditentukan oleh dominasi belahan otak yang dimilikinya. Misalnya, ada sebagian orang melihat kemalangan di jalan raya dengan berteriak histeria (ertinya otak kanannya dominan), tapi ada juga yang tenang (bererti otak kirinya yang kuat).

otak dan kecerdasan bayi

Pada peringkat awal umur bayi, terjadi satu ledakan didalam otak bayi. Ledakan itu mengeluarkan sejumlah serat yang sangat halus dan kecil ke segala arah, mencari dan membuat sambungan dengan ribuan sampai puluhan ribu sel otak lain. Hubungan rami saraf ini dikenali sebagai sinapsis.

Sinapsis terbentuk jika anak mendapatkan rangsangan. Setiap rangsangan secara automatik akan menghasilkan sinapsis. Semakin banyak dan selalu rangsangan diterima oleh anak, maka sinapsis tersebut akan semakin banyak dan semakin kuat. Sinapsis inilah yang menjadi asas segala memori atau daya ingat. Jika sinapsis kuat, maka daya ingat juga kuat,begitu juga sebaliknya. Itulah mengapa, anak akan lebih mudah menyerap pelajarannya jika ia belajar secara berulang-ulang. Kerana sinapsis yang terbentuk semakin banyak dan kuat. Semakin banyak sinapsis ini, semakin tinggi keerdasan seseorang itu.




Bayi dipengaruhi oleh sesuatu yang dilihat, didengar dan dialami tetapi mereka perlu belajar untuk memahami dunia disekelilingnya. Dalam hal ini banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk membantu memenuhi fikirannya dengan rangsangan sebagai dorongan.

Ahli neurobiology David Hubel dari Harvard dan rakannya Tortsen dari Sweden melakukan ujikaji berikut: Seekor anak kucing yang baru lahir dijahit kelopak matanya, sehingga mata anak kucing itu tertutup. Setelah satu tempoh tertentu jahitan dibuka dan ternyata mata yang tertutup itu menjadi buta. Ketika mata yang bersangkutan tertutup, urat sarafnya tidak berkembang dan tidak terjadi sambungan-sambungan saraf dengan bahagian otak lain (sinapsis) yang perlu untuk mengembangkan kemampuan melihat. Ujikaji yang sama dilakukan pada kucing yang dewasa dan ternyata setelah jahitan dibuka kembali, penglihatan kucing dewasa itu tidak terganggu.

Kesimpulannya adalah bahawa bayi perlu “distimulasi” atau dirangsang agar kepandaiannya berkembangan. Dengan kata lain, seorang harus belajar sejak janin. Kalau tidak, banyak kesempatan baik akan hilang. Kesempatan emas itu mungkin hilang untuk selama-lamanya.

Petua Anak Pintar

Ramai ibu bapa selalu lupa untuk menasihati anak-anak ketika anak sedang tidur.

Ini ada satu petua dari ibu saya

1.setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.

2.membaca surah al fatehah 1 kali, alam nasyrah 1 kali

3.bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.

4.apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

5.ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.

Cubalah petua itu dan insya allah kesannya akan anda dapat lihat sendiri.

Selamat mencuba......